top of page
MG_9285-1_edited.jpg

KESIMPULAN

Untuk menyimpulkan projek Jenis-jenis Tarian Melayu Tradisional, tarian- tarian ini berasal daripada pelbagai asal-usul yang dipengaruhi oleh budaya-budaya dari luar. Gerak-geri seni tarian memberi identiti unik kepada setiap tarian yang telah kami kaji. Alat muzik yang digunakan juga jelas menunjukkan pengaruh budaya luar seperti Yemen dan Portugal. Pengaruh ini berlaku kerana sejarah tanah air yang sangat lama disebabkan oleh penjajah dan juga pertukaran budaya daripada interkasi di pelabuhan Tanah Melayu. Semua sejarah ini memberi impak yang besar terhadap identiti negara Malaysia yang kita banggakan. Oleh itu, kita perlulah menghargai dan memelihara tarian tarian tradisional agar generasi yang akan datang dapat berasa kagum akan sejarah Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi.

MUHAMMAD DANIEL ROSHAIDIE 

0345054

bottom of page