TITAS
GROUP 11
Hasil
Penyelidikan
Seni Tarian Melayu Tradisional
Tarian zapin - Johor
Tarian Zapin (Jawi: زافين) ialah sejenis tarian tradisional yang dilakukan oleh masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara rantau Asia Tenggara terutamanya di negara Indonesia seperti di Sumatera, Kalimantan, Jawa (Jakarta) , Malaysia (Semenanjung Melayu - khususnya di Johor ). Tarian Zapin yang telah diperkenalkan di negeri Johor dikongsikan bersama negeri-negeri sekitarnya seperti Singapura dan Brunei. Dialek Yaman ia mengenali Tarian Zapin sebagai Zaffana.
Tarian ini dilakukan dengan iringan muzik khas.Tarian ini berasal dari peranakan Arab melalui para pedagang pada zaman dahulu. Tarian ini pada awalnya hanya tarian hiburan bagi Raja- raja melayu di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman pada awal abad ke-16. Beberapa perubahan telah dibuat dari segi bentuk dan ragamnya yang lebih bersifat tradisional. Tarian ini pada asalnya, hanya ditarikan oleh kaum lelaki, tetapi kini ia ditarikan berpasangan antara kaum lelaki dan wanita. Tarian ini juga dapat merapatkan hubungan persahabatan antara penari dan pemuzik selain menghiburkan penonton. Tarian ini bukan dilakukan perseorangan tetapi secara berpasukan. Justeru itu, tarian ini mampu mewujudkan rasa persaudaraan yang amat tinggi dalam kalangan penari serta pemuzik yang terlibat.
Tarian makyong - Kelantan
Tarian mak yong adalah sejenis tarian tradisional melayu. Tarian tersebut ditemui di negeri Kelantan dan daerah besut , Terengganu, Malaysia. Ia menggabungkan drama romantis, serta gaya tradisional yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan. Tarian ini dipersembahkan sebagai hiburan dan untuk perubatan. Mak Yong diyakini sudah wujud sebelum kedatangan Islam . 1920-an, dipentaskan sebagai pertunjukan raja di bawah naungan Kesultanan Kelantan. Dengan cara ini, tradisi itu tetap utuh tanpa hiasan di istana, seperti pakaian yang dihias dengan halus.Persembahan mak yong biasanya dimulakan dengan lagu ‘Mengadap Rebab’ diikuti dengan tarian,persembahan dan muzik. Setiap cerita boleh dipersembahan dan muzik.setiap cerita boleh dipersembahan melalui pelbagai latihan dalam siri persembahan selama tiga jam.Dalam persembahan tradisional di kampung, ia diletakkan di atas pentas terbuka dengan berlatar belakangkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi pentas,dengan bahagian keempat dikhaskan untuk orkestra pemain biola, pemain drama berkepala dua dan ketawa. Kebanyakan watak dilakonkan oleh wanita,dan cerita ini berdasarkan cerita rakyat tradisional,menampilkan raja,dewa dan pelawak.Mak yong dikaitkan dengan upacara di mana seorang bomoh cuba menyembuhkan orang sakit yang dirasuk dengan menyanyi,menari dan turun.
Tarian Kuda Kepang - Johor
Tarian Kuda Kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang merupakan satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki dan diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik. Dalam perbincangan orang ramai terhadap asal usul tarian ini, kita mengetahui bahawa tarian kuda kepang ini mendapat banyak pendapat yang berbeza mengenai asal usulnya. Berikut adalah tiga asal usul utama tarian kuda kepang. Tarian ini berkaitan dengan usaha Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa untuk mengembangkan ajaran Islam di kawasan pendalaman di Jawa pada abad ke-15. Malangnya, beliau menghadapi kesusahan untuk mendekati penduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, Wali Songo telah menari sambil menunggang kuda untuk menarik perhatian penduduk itu. Selain itu, tarian kuda kepang ini juga dikatakan meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali. Asal usul ketiga tarian ini menerangkan bahawa tarian ini berkaitan dengan alam kayangan dimana seekor kuda kayangan iaitu Kuda Sembrani telah dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawan yang hilang. Setelah berjumpa, mereka menari keseronokan.
Tarian Inang - Melaka
Tarian inang merupakan Tarian Mak Inang versi moden yang dicipta semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini diiringi oleh lagu yang dititahkan oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan seni Melayu. Kini, tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian Inang juga diadaptasikan daripada tarian pengasuh dan inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Lenggok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam Didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin, bergantung kepada peralatan yang digunakan semasa persembahan.
Tarian Joget - Melaka
Perkataan joget mempunyai dua maksud iaitu tari atau penari wanita. Asal usul tarian joget bermula pada abad ke-16 yang dicipta oleh orang Melaka dan diadaptasi daripada tarian Portugis Praño dengan diiringi lagu Jingli Nona. Perkenalan tarian joget sebagai joget lambak dan Cak Kun Cak kerana ia sentiasa disembahkan secara berpasangan atau beramai-ramai. Joget telah dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu joget gamelan dari Pahang dan Terengganu, joget dangkung dari Riau dan joget Melaka. Sebagai kesimpulan, tarian joget telah menyebarkan budaya timur dan barat.