top of page

Pengenelan

Menerusi definisi yang dicetak bawah Kamus Dewan Edisi Keempat, tarian didefinisikan sebagai gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Manakala memerusi ahli sejarah tarian dan Muzik Jermen, C.Sachs, beliau mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari juga turut membawa maksud pengucapan jiwa manusia melalui gerak geri berirama yang indah. Seni tari merupakan warisan budaya yang menghiasi keunikan kaum-kaum di Malaysia sama ada orang Melayu, orang Cina, orang India atau bumiputera Sabah dan Sarawak. Tarian-tarian yang dipersembahkan oleh kaum-kaum tersebut benar-benar eksotik dan menawan apabila ianya ditambah dengan gerakan yang lemah lembut sambil diiringi dengan bunyian muzik.

 

Dalam tugasan pada kali ini, kami telah menyediakan kajian penyelidikan yang lebih mendalam tentang seni tarian tradisional Melayu. Seni tarian tradisional Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Makyong, Tarian Kuda Kepang, Tarian Inang dan Tarian Joget turut menunjukkan aspek kebudayaan yang menakjubkan dan menarik serta gerakan yang dilakukan pula dapat menggambarkan perasaan jiwa manusia. 

​

​

bottom of page